Dengan nama
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah,syukur
yang tiada terhingga kehadrat Allah s.w.t yang masih mengizinkan hambaNya ini
untuk terus menghirup udara kurniaanNya,untuk melihat kebesaran dan
keagunganNya,untuk mendengar kalimah-kalimah pujian untukNya,untuk melangkah ke
tempat yang menuju redhanNya,untuk menyampaikan ilmu yang diilhamkan kepada
hambaNya serta hati yang sentiasa tunduk,patuh dan sujud padaNya.
Kehidupan
yang dijalani hari ini belum tentu dapat dilalui pada hari esok,seringkali
diingatkan kepada diriku.Bimbang sekiranya kesibukan yang menyelubungi diri
berkenaan hal-hal duniawi memungkinkan diriku leka dan terus lupa pada
kepastian.
FirmanAllah
s.w.t yang bermaksud:
“setiap yang
bernyawa pasti akan merasai mati.”
(surah Ali-Imran:185)
(surah Ali-Imran:185)
Setiap
makhluk bernyawa pastinya akan merasai kematian,yang namanya
tumbuhan,haiwan,serangga dan manusia sendiri turut tak terlepas dengan
kepastian ini yakni kematian.Sebenarnya kematian ialah satu proses perpindahan
dari alam dunia ke alam barzakh.Terdapat ulama’ yang berpendapat alam barzakh
adalah sebahagian dari alam akhirat.wallahu a’lam.
Kematian
menjemput dalam pelbagai keadaan,pada kebiasaannya bila seseorang ditimpa sakit
atau mungkin kemalangan dan sakit tua,semuanya berlaku bersebab iaitu kerana
sakit dan kemalangan.Walaubagaimanapun,kematian tak terlepas bagi insan-insan
yang dikurniakan kesihatan.Boleh jadi nyawa diambil saat sedang tidur,ketika
sedang duduk berehat,semuanya munasabah untuk berlaku jika ia sememangnya
kehendak Allah.Malahan umur pun tidak kira walaupun usia sekadar satu hari,satu
bulan,satu tahun apatah lagi yang sudah mencapai belasan dan puluhan.Selagi
diberikan kudrat,berdoa pada Allah agar dikurniakan pengakhiran yang baik.
“Allahummakhtimlana bi husnil khatimah,wa la takhtim ‘alaina bissuil
khatimah.”amin.
Kekadang
susah untuk terima hakikat kematian bagi seseorang yang
disayangi,dihormati,disegani.Namun,itulah kebenaran bagi makhluk yang
bernyawa,pujuk diri bahawa Allah lebih menyayangi dirinya,kerana itu Allah
menjemputnya terlebih dahulu,mudah-mudahan dia tergolong dalam kalangan
mukminin,muttaqin,mujahidin,syuhada’ dan para solihin.amin.Segalanya menurut
kehendakNya. “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.”
Firman Allah
s.w.t yang bermaksud:
“sesungguhnya
kami ini milik Allah dan kepadaNya kami kembali.”
(surah baqarah:156)
Sedaya-upaya
mengingatkan diri dengan kalimah-kalimah ini tiap kali ditimpa musibah atau
kesusahan supaya akal yang walaupun sihat ini tersedar dengan hakikat siapa
diri kita sebenarnya.Ya,kamu adalah milik Allah dan kepadaNya kamu akan
kembali.
Saat melihat
insan-insan yang dekat dengan diri telah pergi mengadap Illahi terlebih
dahulu,perasaan sedih dan hiba mengatasi segalanya akan tetapi bila digambarkan
dalam fikiran bahawa insan yang dikafankan itu adalah diriku,semakin bergenang
air mata kerana mengingatkan dosa-dosa sepanjang kehidupan ini. “bersediakah
aku kiranya ini saatNya nyawaku diambil?”.Itulah soalan yang menghantui diri.Gambaran
itu memujuk serta menyuruh untuk kembali bermuhasabah.Muhasabah,inilah perkataan banyak kali diulang namun
pengertiannya sangat memberi kesan setelah dilakukan.Kata lainnya menghitung
diri atau koreksi diri,kematian insan disekeliling menyuruh diri untuk kembali
bermuhasabah agar persediaan untuk menghadapi kepastian itu sentiasa berterusan
selagi masih bernyawa,selagi akal yang waras ini mampu berfikir,selagi itu
muhasabah perlu diteruskan.
Rasulullah
s.a.w bersabda:
“orang yang
paling bijak adalah mereka yang banyak mengingati mati dan bersedia
menghadapinya.”
(riwayat Ibnu Majah)
(riwayat Ibnu Majah)
Apa yang dapat
difahami dari hadith ini ialah Rasulullah s.a.w memberitahu mengenai sifat bagi
hamba Allah yang celik mata hatinya adalah mereka yang ingat pada kematian dan
membuat persediaan bagi menghadapinya ,ia bukan bermaksud untuk lupa pada soal
dunia akan tetapi ini membuatkan diri waspada dalam setiap sudut
kehidupan,menggunakan kesempatan di alam dunia ini seoptimum mungkin sebagai
bekalan di alam akhirat.Benarlah pepatah arab ada menyebut “addunia mazra’atul
akhirah.”Dunia adalah ladang tanaman untuk hari akhirat.Bermaksud didunia
inilah tempat untuk menanam pohon-pohon pahala kelak di akhirat masanya untuk
menuai hasil.Indahnya perumpamaan ini.
Begitulah
dalam menelusuri kehidupan ini,hari yang berupa kepastian itu sentiasa menanti
saat untuk dipertemukan dengannya.Namun hakikat diri yang sememangnya sentiasa
berasa tidak bersedia harus sentiasa menyediakan diri sebelum tiba masa untuk
menghadapNya.Ambillah peluang untuk menjadikan pemergian insan yang berada
hampir dengan diri sebagai iktibar dalam kehidupan supaya tertaut hasrat untuk
menghitung diri,memperbaiki diri,menilai diri sebelum kepastian menjadi
realiti.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"setiap yang bernyawa akan merasai mati,dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(surah Ali Imran:185)
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"setiap yang bernyawa akan merasai mati,dan hanya pada hari kiamat sahajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(surah Ali Imran:185)
"Bina keimanan sebagaimana teguhnya akar pohon mencengkam bumi."

No comments:
Post a Comment