Dalam hidup ini,setelah acap kali memerhati insan
sekeliling,manusia sememangnya tidak dapat lari dari menyukai barang yang elok,cantik,indah
dan sebagainya.Dalam bahasa mudahnya minat pada sesuatu yang baik.Sebagai
contoh,seorang ayah telah menghadiahkan kepada dua orang anaknya seutas jam
tangan setiap seorang.Namun begitu,si adik tidak berpuas hati kerana jam yang
diperolehinya kelihatan kurang cantik bila dibandingkan dengan kakaknya.Si adik
sangat meminati jam yang dimiliki kakaknya kerana ‘appearance’ jam itu memang
menggamit hati yang memandang.
Cerita yang dibawakan ini menggambarkan bahawa ingin menyukai
sesuatu yang baik adalah sifat manusia yang hadir secara semula jadi dan inilah
yang dinamakan fitrah.Selalu sangat dengar perkataan fitrah ini disebut-sebut,tapi
apa itu fitrah sebenarnya?itulah persoalan yang berlegar-legar.Tanpa
diminta,suatu hari peluang untuk mendengar tazkirah tidak dilepaskan.Disebut
dalam hadith Nabi s.a.w:
“setiap anak itu dilahirkan fitrah,maka ibu bapanya yang
akan mencorakkan anak itu sama ada menjadi nasrani,yahudi atau majusi.”
Hadith ini memberitahu bahawa ibu bapalah yang mencorakkan
anak mereka sama ada menjadi nasrani,yahudi atau majusi.Namun timbul pula
persoalan mengapa islam tidak termasuk daripada tiga agama yang tersenarai?kerana
fitrah itu adalah islam,subhanAllah. Inilah maksud hadith ini yang diterangkan
dalam tazkirah tersebut.
Selepas mendengar penjelasan mengenai fitrah dari hadith
tersebut,suka untuk dikaitkan semula mengenai sifat manusia yang menyukai
sesuatu yang baik sebenarnya fitrah.Bermaksud islam telah menyemai benih untuk
menyukai kebaikan sedari awal kita dilahirkan.Indahnya agama fitrah ini.Teringat
satu ungkapan,”Innallaha jamil wa yuhibbul jamal”.Sesungguhnya Allah itu indah
dan suka pada keindahan.
Bila disebut sifat manusia suka yang baik,perkataan ’baik’ sebenarnya
sangat umum sebab timbul pula tanda tanya,
“suka kebaikan yang macam mana?”
“perkara yang membuatkan diri rasa tenang.”
“Habis tu kalau dikata merokok tu menenangkan macam mana?”
“kembalikan soalan itu ke dalam diri,benarkah perkara yang memberi
mudharat menenangkan?misalnya sahabat anda berpesan,jangan minum air yang ada
dalam botol tu sebab ada racun,jadi sudah tentu jelas air itu tidak akan
diminum.Bagaimana pula dengan rokok yang sudah banyak dipaparkan berkenaan
kandungannya yang merbahaya? Ya mungkin kerana kesan racunnya lambat memberi kesan
berbanding botol air yang ada racun tadi,sebab itu ramai yang buat tak kisah
atau mungkin awalnya sekadar mencuba atau diajak rakan tapi perlu
diingat,ajakan terhadap perkara-perkara yang merbahaya,mungkar dan kejahatan
semuanya bermula dari bisikan syaitan yang tidak pernah putus asa menyesatkan
umat islam,apa jua yang disukai syaitan adalah batil dan palsu belaka,jadi itu
bukan perkara yang namanya baik sebagaimana kehendak fitrah.”
menurut firasat,perkara yang baik adalah bila mana
dilihat,hati kembali mengingati Allah lantas ketenangan meresap ke dalam jiwa.Sebagai
contoh,bila melihat ciptaan manusia sekalipun seperti kapal terbang yang dilihat
canggih dan gah bila di udara,mata yang melihat berasa seronok,tingginya
teknologi zaman sekarang.Namun,hati kembali mengingati bahawa manusia yang menghasilkan idea itu
hanyalah sebagai sebab dan Allahlah yang mengilhamkan ilmu dan idea itu kepada
hambaNya supaya diri kembali bersyukur.
Jadi sebenarnya segala kebaikan yang datangnya dari Allah
menyebabkab manusia yang berada dalam fitrah akan kembali mengingati Allah
setiap kali kebaikan meresapi hati.Begitulah dalam menelusuri kehidupan ini,peganglah
serat-eratnya kebaikan yang datang tanpa dipinta kerana boleh jadi kebaikan
yang menjengah kehidupan pada hari itu adalah titik tolak kepada hidayah yakni
petunjuk dari Allah.Mungkin kebaikan itu dapat mengembalikan diri kepada jalan
menuju fitrah.
Firman Allah s.w.t:
"perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan."
(surah Hud:114)
Firman Allah s.w.t:
"dan bersabarlah,kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(surah Hud:115)
Firman Allah s.w.t:
"perbuatan-perbuatan baik itu menghapus kesalahan-kesalahan."
(surah Hud:114)
Firman Allah s.w.t:
"dan bersabarlah,kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan."
(surah Hud:115)
“Hayati kehidupan menurut fitrah.”

No comments:
Post a Comment